27 June 2010

Huh Semuanya ta Dapat!

Hish aku penat la, aku tengok rumah orang kereta orang. Semua besar besar. Bila pulak aku? Haishh. Yeah aku suka berangan dudok dekat rumah besar besar then ada bibik ada pekebun. Cett, macam Tuan Puteri anakanda Maharaja Sameon pulak dahh. Tape la, angan angan tetap angan angan. Cukop la sekadar angan angan, aku na kecapi. Alahai, bak datang kayu balak dari Thailand jeaa. Tengok rumah to, 'Mak Aihh Ibu, besarnya rumah. Kita pindah sini nak?'. Tapi mesti jawapan ini, aku dapat 'Hishh. Kalau bapak kau to tade kena tanggung hutang orang kita da pindah lama dah. Da merasa kereta rumah besar da'. Hampa aku. Cis laknat punya orang, kau makan harta bapak aku. Selamber kau makan harta orang. Selamber kau buat hutang beranak pinak then bapak aku yang tanggung. Cilaka yah kau? Kadang kadang aku tengok kau, Huh. Selekeh kau hanya Tuhan yang tahu. Sudah wehh. Kau da tua, ada anak. ada Isteri. Isteri kau punya baek nampung anak dengan jualan ais krim Malaysia. Huh, barapa sen je dapat. Masih kau ta nampak? Mata apa kau ni? Kelawar yang buta malam to pun boleh nampak. Tolong, aku nak hidup senang dengan keluarga aku. Kau tolong jadi matang, selesaikan cucu hutang kau to semua. Hutang bila bawak mati lagi nahas. Huh, Kesian bapak aku. Kesian tengok kerja sampai menitis peluh darah. Sebab nak tolong kau. Kadangkala terfikir jugaa betapa bodohnya bapak aku tolong aku. Tapi bila pikir balik, dia pikir anak anak kau. Dia pikir anak anak kau, darah daging dia juga. Cis, betol cilaka. Umur aku baru jejak 16 tahun, aku nak tolong bapak aku pn ta boleh. Nak bawak keluarga tercinta keluar sangkar kau buat, memang susah. Tape, kau tunggu segulung ijazah aku. Ijazah aku to yang bantu aku tolong keluarga aku. Aku na belikan sofa baru, tb baru, Astro baru, kasut baru, kereta baru, rumah baru. Semua baru. Bila bapak aku lupa segala musibah kau bagi dia. Cis, kau memang Pakcik ta sedar diri. Ampun aku mengata darah daging aku, tapi itu kesasihannya.